Serat kayu Nyato
Ciri-ciri dan sifat kayu Nyatoh 


Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur.
Keterangan :
- kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
-  ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
-  bertekstur rata dan sedikit kasar.
- keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan : Paling elok dibuat perabot dan kusen kayu Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak/ dek bot dan venier.

(Diambil dari hamid Tukang Kayu)